Monday, April 18, 2011

Kehidupan Sebelum Nabi Adam Diturunkan


Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.

Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :

4000BC+2010AD=6010 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.

‘ADAM’ SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

ZAMAN DINOSAUR?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.




Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.

Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as?

MALAIKAT BERTANYA KEPADA ALLAH SWT

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah”daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD


Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.



Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat.Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.

Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.

JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh : 

“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
 
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.



Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?

Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..

sumber : Sebuah Kehidupan

Friday, April 15, 2011

Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu (Wali Allah Habib Noh Bin Muhammad Nuh Al-Habsyi R.A)



Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.
Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Dari banyak sumber yang diperolehi, Habib Nuh tiba ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu mencecah tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyak berjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia untuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerap berkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-sama kawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk bersaorangan diri.


 Karamah


Di sini, saya ingin bekongsi bersama pembaca mengenai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada beliau. Banyak Karamah yang dibuktikan oleh mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Tetapi, tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang sentiasa dirinya hampir dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai Rijalullah atau Rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar. Antara kurniaan Karamah yang diberikan Allah swt adalah seperti berikut;

1. Menghadiri Sidang Wali-wali

Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:
Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.
Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.
“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.
“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.
“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”
Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.
“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”
Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].
“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.
Cerita ini menggambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

 2. Menunduk Gabenor Yang Angkuh

 As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :
As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.
Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”
Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”
“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.
Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.
Bagaimanapun, pada satu ketika gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.

 3. Kapal Pelayaran, Terbakar Dan Karam.

 Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;
“Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”
Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu.
Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah divsebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT

4. Habib Nuh Meminta Untuk Melaksanakan Nazar dan Niat.

 Dalam satu peristiwa lain, ada seorang saudagar ingin meneruskan pelayarannya ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu.
Habib Nuh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan. Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau atau memaksudkan beliau. Pada satu masa, seorang India Muslim balik ke India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah. Bila dia pulang, dia terkejut bila melihat Habib Nuh sudah sedia menunggunya di tepi laut.
Habib Nuh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”
Habib Nuh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk disedekahkan kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.” Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”
Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan.

 5. Bertemu Di Kota Mekah. 

Beliau dikurniakan oleh Allah swt kebolehan untuk ghaib, dan dilihat kembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Nuh sendiri. Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali-wali Allah.

6. Tabib Yang Berkat Dan Hebat.

Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke atas kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amat gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Nuh, tapi Habib Nuh memberikan wang itu kepada yang memerlukan.
Habib Nuh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak. Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak itu terkejut melihat pakaian Habib Nuh langsung tidak basah.

7. Air Bertukar Menjadi Susu.

Dalam satu insiden lain, Habib Nuh telah dikejutkan oleh tangisan berterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapati bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk anak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar cerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa,menuangkan air ke dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar menjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.

8. Mimpi Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah As-Suhaimi BaSyaiban

Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid junjungan nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan di dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan junjungan nabi Muhammad s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun kembali ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi baginda nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada baginda nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi junjungan nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tidak mahu menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada baginda nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah junjungan nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, sehingga dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.

9. Keberkatan Menyayangi Kanak-kanak

Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak-kanak . Sering orang bertemu Habib Nuh bersama dikelilingi oleh kanak-kanak. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama kumpulan kanak-kanak dan kanak-kanak itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa apa-apa bayaran.
Anehnya, ke semua tuan kedai tidak melarang perbuatan itu. Kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh keberkatan jika dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak tersebut. Ini terbukti, mana-mana kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.
Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah Ahlul Jannah (ahli Syurga). Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.

10. Tebuan Menghormati Jenazah Beliau

Diceritakan ketika keranda jenazah beliau diusung untuk ke makam pusaranya, mereka yang mengusungnya terpaksa membawa keranda tersebut melalui ke satu lorong kecil. Di mana kiri dan kanan sepanjang perjalanan di lorong kecil tersebut kedapatan penuh dengan pokok buluh Cina serta dedaunnya yang panjang. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan-tebuan itu tidak sedikit pun menganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.

11. Pusara Terselamat Dari Letupan Bom dan Pemugaran.

Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang dunia kedua, bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bom pun singgah di pusara Habib Nuh. Dan bila kerajaan Singapura mahu membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jambatan telah direka bentuk untuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukan
Dikatakan, menurut rancangan pemerintah, makam Habib Nuh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindahkan demi membolehkan pembinaan Highway dibina lurus. Dengan membelakangkan rayuan daripada jawatankuasa makam dan masjid, kontraktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk memulakan pemugaran. Dengan kuasa Allah swt, semua jentolak tidak dapat dihidupkan. Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok di antara sekitar makam dan masjid.
Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah (perkara di luar adat) yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang wali Allah yang soleh taat kepada ajaran Islam. Lihat, bukan sahaja jelas karamahnya sewaktu hayat beliau masih hidup, bahkan setelah kewafatan beliau juga masih terpelihara kemuliaanya. Apa yang diharapkan adalah agar kita dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan usaha junjungan nabi Muhammad s.a.w. Mahabbah kepada para solihin adalah dituntut dan seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya di akhirat kelak.

Nasihat dan Wasiat

Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya. Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap harta dunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaannegatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”
Sebelum meninggal, Habib Nuh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer sebuah (bukit kecil di jalan Palmer), yang merupakan tanah perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliaumeninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesanan itu dan mereka semua bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampai masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah. Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Persekitaran menjadi kelam kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.

Nasib baik, seorang daripada yang hadir akhirnya teringat akan pesan Habib Nuh tersebut dan lantas tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang yang hadir.
Setiap orang menyedari bahawa mereka telah lupa tentang pesanan tersebut, lalu bersepakat memutuskan untuk bergerak menuju ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda itu boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar bergema mengiringi perjalanan mereka. Dengan izin Allah swt, jenazah Habib Nuh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer.

Kewafatan

Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Apabila berita itu tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah memeluk Islam melalui beliau, dan mereka yang berada di kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya. Pada hari yang sama, semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harian mereka kerana ingin membawa pengunjung ke makamnya dengan tanpa bayaran.

Di belakang makam Habib Nuh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah makam Qadhi pertama di Singapura pada era pemerintahan British. Beliau dikatakan anak saudara kepada Habib Nuh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867.
Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof telah membuat binaan di atas makam Habib Nuh tersebut. Beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.

Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran. Dan di situ juga didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya makam Habib Nuh di situ. Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat dan terjaga.

Makam Habib Nuh yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer bersebelahan dengan Masjid Haji Mohd Salleh, kini ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura untuk segala urusan yang berkaitan dengan makam.

Makam beliau tetap terpelihara sehingga ke hari ini dan menjadi kebiasaan, makam Habib Nuh sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w. supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut).
Semoga Allah merahmati roh beliau.

~Al-Fatihah~




Sunday, April 10, 2011

Kebenaran Yakyuj Makjuj Hakikat Sebenar.


Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?



Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah” kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. Artikel tersebut malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah penafsiran mereka.
Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku SÅ«rah al-Kahf and the Modern Age.
Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci.

Persoalan 1: Samada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?
Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.Israel
Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.
Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!
Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:
(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan
(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).
(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Persoalan 2: Samada Ya’juj & Ma’juj manusia?
Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:
“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi:92-98

Ya’juj & Ma’juj adalah manusia

1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.

“…tembok di antara kami dengan mereka...”; al-Kahfi:97
Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.

“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi...”; al-Kahfi:94

“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi...”; al-Maa’idah:33
Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.
Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke dalam neraka

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13
Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.
Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.
Persoalan 3: Di manakah kedudukan mereka?
Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:

a. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is                                                 Russia)

b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia

c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus

d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia

e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates

Siapakah kaum Ya’juj & Ma’juj? Mereka puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah perdayaan Ya’juj & Ma’juj.

Persoalan 4: Di manakah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj?
Anda boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates, iaitu tembok diperbuat daripada besi bercampur tembaga. Rombongan telah dihantar mencari tembok dibina Zulkarnain pada tahun 50 H dan menemui tembok telah musnah sepenuhnya.
Saya turut ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj (sekatan). Sekatan lain ke atas puak Yahudi Khazar ialah sebelum Peperangan Waterloo (1815). Pada zaman itu mereka dilayan hina, dan Nathan Mayer Rothschild (1777-1836) membiayai England dalam peperangan menentang Napoleon. Di antara tuntutan Rothschild sebagai balasan ialah Yahudi diberi hak dan perlindungan sama rata. Semenjak itu Rothschild menguasai Bank of England dan Yahudi Khazar hidup bebas.
Tiada lagi sekatan dan mereka 100% bebas menguasai dunia. Mereka bekerjasama dengan Knights Templar (Freemason) bagi mengatur perancangan supaya orang Yahudi berupaya pulang ke Israel dan membentuk sebuah negara bebas. Mereka merancang penjajahan negara lain dan memberi kemerdekaan setelah menukarkan sistem negara, menguasai industri utama dan meletakkan orang-orang mereka di dalam negara jajahan. Mereka malahan bekerjasama membentuk sistem perbankan, pertubuhan dan pelbagai badan menguasai dunia dan seluruh aspek kehidupan kita pada hari ini.


Persoalan 5: Siapakah “golongan” Ya’juj & Ma’juj?
Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai bangsa Ya’juj & Ma’juj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah “manusia tidak terhitung”?
Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?
Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka. Akibat daripada ini lahirlah Ya’juj & Ma’juj berbangsa barat, melayu, india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Ya’juj & Ma’juj. Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:
“…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; al-Maa’idah:51
Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan France, mereka bekerjasama.
Ya’juj & Ma’juj telah terlepas daripada sekatan kemanusiaan dan bekerjasama dengan Kristian bagi membentuk pelbagai sistem untuk menguasai dunia. Mereka membentuk “Gog & Magog World Order”.
Oleh itu apakah maksud “adalah dari golongan mereka” apabila hidup di zaman “Gog & Magog World Order” dan mereka bekerjasama menguasai dunia?

Pertamanya hanya terdapat dua golongan utama, iaitu golongan orang Islam atau golongan Ya’juj & Ma’juj. Keduanya ia bermaksud sesiapa yang mengambil dan melaksanakan sistem mereka akan terkeluar dari golongan orang Islam dan menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj. Allah akan membiarkan manusia mati sebagai golongan Ya’juj & Ma’juj kerana menyokong perlaksanakan sistem dan cara kehidupan mereka. Maksud selainnya ialah kita menerima nasib sama seperti mereka, iaitu kekal di neraka selamanya.
Selainnya ada yang berkata ini tidak mungkin kerana banyak yang bersyahadah dan melakukan solat, berpuasa, zakat dan menunaikan haji. Perlu diingatkan kembali keterangan al-Maaidah:51 menyatakan

“Wahai orang-orang yang beriman!”, iaitu bermaksud mereka ini bukan sekadar Islam dan melakukan Rukun Islam, tetapi mereka malahan memenuhi semua rukun menjadi orang beriman. Mereka adalah orang beriman yang bergetar hati apabila sekadar hanya mendengar nama Allah swt.
Maka orang beriman yang melaksanakan sistem mereka akan menerima nasib yang sama. Berdasarkan alasan ini maka hadis yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj tidak terhitung dan 999 setiap 1,000 orang menjadi benar dan munasabah (samada kiraan berdasarkan “seorang dari sahabat” dan 999 dari kita? atau kiraan mengikut nisbah penduduk setiap zaman? Wallahualam).

Fakta ini malahan disokong fakta riba wang kertas dan transaksi melibatkan bank. Ini kerana surah al-Baqarah menyatakan pengistiharan peperangan oleh Allah swt dan Rasulullah saw ke atas orang yang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba.

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279

“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”; al-Baqarah:275
99.9% akan ke neraka kerana riba wang kertas

Bagaimana seseorang tidak malu mengaku beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan iman sangkaan semata-mata (prasan). Maka melalui surah ini 99.9% bangsa dan golongan Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke neraka serta kekal di dalamnya.

Keterangan Surah Al-Baqarah sepatutnya membuatkan hatinya seakan-akan tercabut kerana kedasyatannya. Namun itu bagi golongan Ya’juj & Ma’juj, kesemua ini tidak mendatangkan ketakutan dan menjadi hiburan menghalalkan yang haram. Mereka sentiasa sahaja mempunyai alasan untuk menyelisihinya.
Kepada yang beriman, fakta dan Gog & Magog World Order adalah ujian tersangat sukar. Sudah tentu dan siapakah tidak berakal menyangka Allah swt memberikan ujian mudah ke syurga? Soalan di sini sahaja telah pun membingungkan manusia menjawabnya, maka tidak dapat dibayangkan pula apabila Allah swt pula menyoal di akhirat.

Dengan ujian kehidupan yang berat maka Rasulullah saw menyatakan akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. Rasulullah saw dengan itu memberi “perintah yang sangat tegas” untuk meninggalkan semua puak walau terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga mati, bemaksud pilihan mati bagi memelihara keimanan jauh lebih baik daripada menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj.
Ianya juga perjuangan yang selari dengan cerita Ashaab’ul-Kahfi dan Ar-Raqiim di dalam Surah Al-Kahfi, iaitu pilihan antara “keimanan” atau “kehidupan dunia tanpa iman”. Dalam hadis lain pula Rasulullah saw memberikan gambaran kehidupan orang beriman:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt…”. (HR Baihaqi)
Keterangan lain yang menyokong seperti yang terkandung di dalam Surah An-Nisaa:97
Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; al-Quran: An-Nisaa:97

Berdasarkan di atas maka orang beriman tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. Rasulullah saw juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:
“…dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan —apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara — mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata…”; al-Ahzaab:36

Persoalan 6: Bilakah Dajjal muncul?
Jerusalem in the QuranDajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim) Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita




Rujukan buku Jerusalem in the Quran menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:
1 hari = Setahun = British = Pound
1 hari = Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar
1 hari = Seminggu = Israel = Electronic Money (Chemtrail?)
37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara nyata
Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di Malaysia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan.

Sea of Galilea

Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya. Faktor lain adalah kemarau berpanjangan berlaku 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal (Ini adalah petunjuk daripada Allah bagi ketibaan Dajjal, dan kemarau yang menjadi rahmat terbesar kepada orang beriman kerana berupaya melatih keimanannya untuk mengalahkan Dajjal).

A lengthy hadith narrated by Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, and ad-Dhiyaa’, attributed to Abu Umamah, reports that the Prophet of Allah, sallallahu `alaihi wa sallam, said, “There will be three hard years before the Dajjal (appears). During them, people will be stricken by a great famine. In the first year, Allah will command the sky to withhold a third of its rain, and the earth to withhold a third a third of its produce. In the second year, Allah will command the sky to withhold two thirds of its rain, and the earth to withhold two thirds of its produce. In the third year, Allah will command the sky to withhold all of its rain, and it will not rain a single drop of rain. He will command the earth to withhold all of its produce, and no plant will grow. All hoofed animals will perish, except that which Allah wills.” He (sallallahu `alaihi wa sallam) was asked, ‘What sustains people during that time?’ He said, “Tahlil, takbir and tahmid (Saying, la ilaha ill Allah, Allahu Akbar and al-hamdulillah). This will sustain them just as food does.” [Sahih Al-Jami` as-Saghir, no. 7875]




Oleh itu peringkat kemarau dan kekeringan air Sea of Galilea adalah peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan “…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”…” (HR Muslim). Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan serta mengatakan air ‘Sea of Galilea’ akan menjadi kering (HR Muslim).




Sesiapa yang percaya Ya’juj & Ma’juj masih belum keluar, maka apakah penjelasan mereka air Sea of Galilea yang sepatutnya digunakan Ya’juj & Ma’juj telah menjadi kering sebelum kemunculan Ya’juj & Ma’juj itu sendiri?

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war dan Sistem) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan babi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dan sebagainya.

Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada nuklear radiasi, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”. Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.

Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033. Ini kerana Rasulullah saw menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta menghitung harinya.

Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya terkandung dalam surah al-Hajj:47

“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung...”; al-Hajj:47

Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”; al-Yunus:5

Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah :

1 hari = Setahun = 1,000 tahun
1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun
1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun

Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:

353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa

Walau bagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari gologanYa’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilea telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt.


Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.

(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15

Penutup

Bantu sebarkan maklumat ini dan kasihani mereka dan keluarga yang mungkin mencari hidayah dan hendak beriman. Sesiapa mahu beriman boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk beriman. Sesiapa sekadar beriman dengan Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffar) atau Ar-Rahman (Maha Pengasih), ketahuilah Allah itu Al-Ahad, dan oleh itu pada masa sama Allah swt juga adalah Al-Jabbar (Maha Memaksa), Al-Mudzillu (Maha Menghinakan), Al-Hakam (Maha Menghukum), Al-Adlu (Maha Adil), Al-Hasib (Maha Menghitung), dan Al-Muntaqim (Maha Menyeksa). Maka keluarlah daripada angan-angan tanpa amal sebenar (pengabdian) dan fikirkanlah situasi sebenar di akhirat apabila 99 sifat Allah swt dari asmaNya adalah satu. Allah swt itu Al-Ahad dan tiada yang menyamaiNya, itulah Allah swt sebenar-benarnya.

Perbincangan sekadar bacaan kepada mereka ingin membuka minda, berkongsi dan mencari kebenaran. Tiada niat menghalang “kemajuan dan permodenan” kerana kesuntukan masa yang ada untuk persediaan peringkat akhir Gog & Magog World Order. Oleh itu masa yang ada lebih berfaedah digunakan menyelamatkan keimanan sendiri dari memikirkan menjawab alasan tidak pernah habis daripada yang tidak berminat untuk beriman.

Selainnya dan kepada mereka yang bersungguh hendak beriman, ini panggilan terakhir membuat perubahan dan mereka mempunyai masa lebih kurang 1-25 tahun untuk bersungguh-sungguh bertaubat dari kesemua riba, amalan syirik sistem negara sekular, dan segala kemaksiatan. Masa yang ada untuk melatih dan betul-betul memperteguhkan keimanan bagi menghadapi zaman Dajjal. Mereka berusaha membentuk komuniti untuk berhijrah membina perkampungan yang membolehkan mereka mengamalkan kehidupan sebagai orang Islam yang bebas daripada dosa-dosa besar. Mereka mengambil pelajaran dari Surah Al-Kahfi dan bergerak kepada perjuangan yang sama dari cerita Ashaab’ul-Kahfi.

Wallahu a‘lam bish-shawab.

“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”; Al-Quran: al-An’aam:70

“…Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku; oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu…”; Al-Quran: al-Maaidah:25

“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”; Al-Quran: at-Taubah:38-39


--