Dengan nama ALLAH, yang menjadikan alam, yang menjadikan udara, yang menjadikan nafas. Bagaimana hidup kalian semua? Harap sering di dalam pelukan yang Esa. Satu persoalan yang akan saya lontarkan kepada saudara. Seberapa manakah anda semua mengenali pencipta anda ?
Mungkin ini adalah jawapan yang kita akan terima … “ALLAH adalah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, yang tiada zat selain darinya, bersifat Kamil dan terhindar dari sebarang kekurangan, yang mempunyai nama namaNya yang agung. Terima kasih saya ucapkan. Ini adalah suatu jawapan umum kepada semua umat Islam.
Namun, makrifatullah ataupun mengenali ALLAH masih lagi jauh dan dalam pengertiannya. Sekiranya anda semua berminat untuk mengenali ALLAH dengan lebih lanjut, topik makrifatullah kali ini mungkin akan menjawab serba sedikit persoalan anda.
Sebelum memasuki makrifatullah, seseorang hendaklah mengenali diri dia sendiri. Mengenali diri sendiri bukanlah sesuatau yang mudah. Ia memakan masa dan mempunyai teknik teknik tersendiri dalam melaksanakan proses mengenali diri sendiri. Untuk mengenali diri sendiri, seseorang perlu tahu apakah yang dia telah miliki dari pandangan zahirnya.
Kita akan buat satu contoh bagaimana teknik untuk mengenal diri. Kunci pada teknik mengenal diri ini adalah persoalan “Mengapa”. Sebagai contoh kita akan menggunakan tangan. Mengapa ALLAH memberikan aku tangan? mungkin untuk digunakan dalam kehidupan harian seperti membasuh baju, memegang barang dan sebagainya. Mengapa ALLAH ingin aku memegang barang, membasuh baju dan sebagainya? Supaya manusia mampu mengurus dirinya dan dapat menjalankan hidup yang sihat dan sempurna. Mengapa perlu untuk mengurus diri dan menjalankan hidup yang sempurna ? Kerana ia adalah sesuatu yang dituntut dari Islam untuk hidup yang bersih. Mengapa Islam menuntut hidup yang bersih? Supaya kita dapat terhindar dari penyakit. Kenapa kita perlu terhindar dari penyakit?. Sebab badan kita adalah hak ALLAH dan wajib bagi kita menjaganya. Mengapa perlu menjaga Hak ALLAH ?…
Dan apabila proses itu telah sampai kepada tahap ketuhanan, disaat itulah proses makrifatullah akan mengambil tempat. Bila soalan yang saudara tanya sendiri kemudian saudara sendiri tidak mampu menjawab, itulah tandanya bahawa saudara sedang beralih kepada proses Makrifatullah yang mana menuntut saudara untuk berguru kepada guru yang mursyid.
Di dalam ajaran Sufi, terdapat 4 hijab yang menyebabkan kita telah terpisah untuk mengenali ALLAH dengan mudah. Hijab tersebut bolehlah dikategorikan kepada hijab jiwa, dunia, nafsu dan syaitan.
Ini telah dibuktikan didalam ayat Al Quran
“Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-bena tehijab dari (melihat) Rabb mereka. Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar masuk neraka”
(Al-Muthaffifin: 15-16)
Dan apabila seseorang telah memecahkan hijabnya, dan telahpun mengenal diri mereka sendiri, iaitu mengenali aku di dalam aku, dia sedikit lagi ingin mencapai tahap makrifatullah. Di saat ini, pendamping, Para Malaikat, dan para Nabi akan meninggalkan anda, yang mana ALLAH sendiri akan membimbing anda secara terus tanpa hijab kerana anda telahpun memecahkan hijab anda. Situasi seseorang yang mendapat makrifatullah sangat berbeza pemikirannya dengan orang Islam yang mempunyai tahapan syariat seperti kita kita ini. Saya lampirkan sedikit dialog mereka yang telah mencapai makrifatullah :-
Sunan Kalijaga :- ALLAH itu seumpama memainkan wayang
Syeikh Majagung :- ALLAH itu bukan disana atau disini tetapi ini
Syeikh Maghribi :- ALLAH itu meliputi segala sesuatu
Syeikh Bentong :- ALLAH itu bukan disana sini, ya, inilah
Sunan Giri :- ALLAH itu jauh tanpa batasan, dekat tanpa rabaan
Semoga saudara kalian akan terus mencari siapakah ALLAH yang mencipta kita.
Friday, February 11, 2011
Hahahhaha.....Umat Manusia Kena Tipu...!!!!
Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Kali ni aku nak kongsi dengan hangpa pasal teori konspirasi evolusi ni. Kena tipu lagi kita ni.. Hmm… Harap kali ni akan beri penyedaran kat kita semua. Kalo hangpa nak tau lagi baca la buku Harun Yahya, Penipuan Zaman Batu. Best citer ni.. Rupanya kita tertipu
Dah la dalam buku sejarah tu, terang terang cakap pasal zaman batu paleolitik, mesolitik, dan neolitik. Abis rosak budak sekolah semula kena terap teori evolusi. Ni semua adalah teori evolusi Charles Darwin sebenarnya. Kita je tak perasan, yang kita tau pasal teori manusia dari beruk tu jer.
Hangpa fikir balik, Nabi Adam AS tu manusia pertama diturunkan dari syurga. Takkan penghuni syurga ni tak de bahasa nak bercakap, tak pandai nak berpakaian, dan tak reti semua tu. Pembohongan tu da jelas da. Nabi Adam AS, mana tinggal kat gua. Nabi Adam AS adalah orang yang membina Kaabah. Ia ada dalam hadis Nabi Muhammad SAW, aku tak ingat hadis penuh, cuma aku ingat mafhum je.
Charles masih nak mempertahankan atheisme dia tu. Hangpa perasan tak, konsep ketamadunan yang dia tunjuk semua menunjukkan evolusi. Kita ibarat binatang mula mula. Duk kat gua, tak leh cakap dan sebagainya.
Meh sini aku bagitau. Sebenarnya kalo hangpa nak track ketamadunan bangsa, hangpa kena track setiap zaman kenabian. Dari Adam As, hingga nabi Muhmammad SAW. Sebenarnya, setiap ketamadunan akan mengalami kehancuran. Pasai pa, sebab bila ketamadunan tu tinggi, ilmu semakin tinggi, rekaan semakin superb, manusia mula menyombong diri. Maka, ALLAH hancurkan tamadun tersebut, Jadi seperti sedia kala. Jadi awal balik.
Cam zaman Firaun, hangpa ingat diorang tak letrik ke? Ada satu artifak dari zaman kuno babylon tu, bila dikaji, rupanya bateri. Lagi satu penemuan bombastik., zaman Firaun da ada helikopter dah. Ada dilukis kat dalam piramid tu. Ketamadunan zaman lampau, lagi hebat dari yang kita miliki sekarang ni. Diorang boleh buat rumah dalam bukit. Dalam bukit bro….
Dan, bila satu tamadun sampai ke puncak, maka manusia mula lalai pada ALLAH, cuma beza tamadun dulu, ALLAH terus direct je bagi hukuman, Umat Nabi Muhammad SAW je yang ditangguhkan. So, kalo kita tanya, apakah bala kehancuran jawapan dia adalah… KIAMAT….

PENZAHIRAN ALLAH & MUHAMMAD S.A.W
Mungkin agak tegang jika ditinjau topik saya kali ini...
" Pejam mata, pekakkan telinga,dan offkan semua deria anda, kemudian yg tinggal adalah 'Aku'.."
'Itulah Wujud sebenar..(Rahsia yg besar)
Kepada pengikut ajaran sufi/makrifat .
Pandang ke cermin dan lihat apa yg ada dalam mata kanan dan mata kiri.
Anda akan 'melihat' 'penzahiran' Allah & Muhammad disitu !!..(jangan tersalah tafsir..tanyalah guru2 mursyid anda)!
Thursday, February 10, 2011
Melihat Zahir: Cinta, Miskin, Benci, Kaya, Cantik, Kurus, Hodoh....
Mungkin ramai yang sukar memahami. Topik yang lalu ada aku menyentuh bab ni..
Tak mengapa, rasanya agak terlalu kronik bagai yang terus melangkau kerana terikat dengan masa yang tak wujud langsung bagi aku.
Sebenarnya Cinta, Miskin, Benci, Kaya, Cantik, Kurus, Hodoh....adalah ilusi semata yang dicipta oleh mata palsu anda.
Cuba letakkan diri anda di dalam sebuah bilik yang langsung tiada ruang cahaya masuk walau sebesar lubang jarum sekalipun. Anda tidur di sana sebeberapa lama yang mungkin bersama jam serta pakaian berjenama mahal.
Apabila anda terjaga tanpa keluar dari bilik tersebut maka tanyalah dan lihatlah diri anda:
a. Nampakkah pakaian berjenama anda..
b. Jam berapakah masa itu...
c. Berapa lama anda tidur di dalam bilik tersebut..
Inilah kehebatan cahaya. Ini baru kehilangan cahaya dunia, apa lagi jika kehilangan Nur Rahmat Nya..?
Masa adalah relatif. Tanpa deria maka semuanya ilusi. Begitulah para al-Salik yang mematikan segala deria terhadap duniawi yang cuma ilusi ( tidak ada yang berkekalan ) selain Dia Yang Maha Esa.

Muhammad SAW dalam Kitab Suci Vedha Hindu dll
Kitab Suci Al Quran 103 : 01-03(Al-Hasyr)
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali bagi mereka yang beriman dan melakukan kebaikan. Dan berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran".
Suhuf Brahma Sutra Hindu :
"Ekam Brahm,divtiya naste neh na naste kinchan"
-"Sanya hanya satu Tuhan yang Maha Esa, tiada duanya, tiada tiganya, tiada sama sekali. Sedikit pun"
"Na tasya pratima asti" -"Tiada yang semisal denganNya."-(Svetasvatara Upanishad 4:19)
Surah Al Ikhlas 112 :1-4, Katakanlah Allah itu Esa, Maha Kekal, tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Tiada yang dapat menyerupainya"
Demikianlah antara petikan dari kedua-dua kitab suci untuk kita buat rujukan dan renungan betapa sejak berzaman ada peringatan akan keEsaan Allah SWT. Jika dalam Islam, tiada bangsa yang tidak pernah diutus seorang penyampai yakni Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi, maka tidakkah berkemungkinan sekali bahwa insan-insan dalam catitan Vedha yang dimuliakan orang-orang Hindu itu sebagai sebahagian penyampai risalatNya?
Adakah berkemungkinan Shri Rama dan Shri Krishna itu merupakan antara Rasul-rasul yang diutus untuk tanah India? Adakah umat Islam akan menerima kenyataan ini dan menghormati mereka sepertimana Rasul-Rasul lain dihormati?
Aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Setahu yang saya faham al-Quran jelas ada menyebut pasal Rasul-Rasul yang disampaikan untuk umat Bani Israel dahulu seperti Musa AS atau Isa AS, namun al-Quran tak pernah secara jelas merujuk kepada dunia bahagian sini (India). Meskipun demikian memang dalam al-Quran ada menyebut "...dan tiada seorang atau bangsa yang tidak kami utuskan seorang pemberi ingatan"- (Al-Quran:35:24)
Mesej yang sama diulang dalam Surah Rad, surah 13 ayat 7"
"...dan pada tiap-tiap bangsa itu telah kami beri utusan Kami" (Al-Quran 13:7)
dan lagi dalam Surah An nisa:
"Di antara utusan-utusan Kami itu, ada yang Kami ceritakan di dalam Kitab, sedang ada yang lain tidak Kami cerita"
(Al-Quran 4:164)
dan ada beberapa surah lagi dalam al-Quran yang menyatakan mesej yang sama berkenaan diutuskanNya setiap bangsa
dengan seorang pemberi ingat dan utusan.
Nyatanya hinggalah ke hari ini kita dapat melihat betapa agama Islam mudah diterima oleh mereka daripada agama lain yang mahu membuka akal fikiran dan mata hati mereka untuk menerima risalah ini. Bahkan tentu saja kalau Allah SWT mengkehendaki maka akan dijadikanNya semua umat manusia atas bumi ini pastilah menerima agama Islam. Tetapi Dia pasti ada rancangan lain yang hanya Dia jualah yang Maha Mengetahui.
Untuk ini dalam rangka umat lain untuk menerima risalah Islam dengan hati yang terbuka, maka haruslah diterapkan di sini nilai-nilai yang murni dari agama
Islam itu sendiri. Dimana kita menanamkan kepada mereka keyakinan kepada Maha Pencipta yakni Allah SWT dan dalam rangka itu, juga menghormati akan agama-agama lain yang juga berasal dari ajaran Rasul-Rasul terdahulu. Sedangkan bukankah sanya memang dalam agama Islam itu menekankan bahawa harus kita menghormati anutan agama lain di samping usaha kita menyebarkan dakwah pada mereka? Barangkali juga menunjukkan kesatuan Tauhid dalam semua risalah kebenaran akan keEsaan Allah SWT.
Sungguh tiap-tiap penulisan akan risalah-risalah sebegini adalah bermatlamatkan untuk mencari kebenaran dan membawa berita gembira kedatangan Islam yang mana adalah merupakan suatu kejayaan dunia dan akhirat sekiranya dari kira-kira 1000 orang yang membaca, hanya seorang sahaja yang akan menganut sekalipun.
Pencarianku akan kebenaran Tauhid yang dibawa dari sekian lama, seawal sejarah peradaban manusia, membawaku menemui suatu kitab karangan A.H Vidyarthi dan U. Ali yang bertajuk "Muhammad SAW dalam kitab-kitab suci Parsi, Hindu dan
Buddha". Dan ringkasan dia aku tuliskan di bawah ini.
Juga kebelakangan ini, aku banyak sekali menonton ceramah-ceramah Dr Zakir Naik seorang cendekia Muslim yang pintar yang begitu banyak membahaskan tentang dialog antara agama "Interfaith Dialogue" dan telah mengembara ke seluruh
pelusuk dunia untuk misinya itu. Salah satunya adalah berpusat di Bombay,India di mana Dr.Zakir telah berdialog dengan seorang sami Hindu iaitu Swamiji dari Misionari RamaKrishna di mana Swamiji tidak dapat mengemukakan tentangan terhadap pandangan Zakir Naik ini.
Sebagai memulakan, kita lihat Dr Zakir Naik menyatakan dan menghuraikan di sini ada dua tempat di mana kalimah Allah telah digunakan secara terang-terangan di dalam kitab-kitab Hindu ini:
############################
Kalimah Allah telah digunakan di dalam kitab Rig Veda Surah 1 Ayat 2:
Terdapat kalimah "Illa" yang dinisbat dengan "Illah/Illahi" dalam ayat tersebut di atas merujuk kepada Tuhan Maha
Pencipta Allah SWT.
Allo Upanishad:
Disebut nama Allah SWT dengan kalimat Allo dialek Sanskrit.
ULASAN neo8118@yahoo.com:
Memang terdapat kemungkinan persamaan kalimat antara Arab dan Sanskrit tetapi terdapat perbezaan yang ketara antara tafsiran Islam dengan Upanishad kini.Contohnya dalam Upanishad, memang ada disebut kalimah Allah tetapi penekanannya pastilah tidak sepenting Islam. Jawapan di atas adalah kurang konkrit. Walaupun terdapat perkataan sedemikian di dalam kitab tersebut, nama itu tidak utama dalam agama Hindu, Buddha atau Jainisme. Kalimah itu hanya penggunaan kata nama.
Jawapan Intelektual:
Kami setuju dengan anda yang demikian. Tidak seperti agama Kristian yang berkeras hanya Jehovah sahajalah nama Tuhan, Islam tidak mengisahkan hal itu sebagai hal besar walaupun nama utama bagiNya adalah Allah. Adalah atitud anda terhadapNya yang dipersoalkan dalam agama Islam sebagai contoh, bangsa Arab Quraish agama Pagan
menggunakan nama Allah untuk Yang Maha Esa, tetapi mereka melakukan syirik terhadapNya dengan mengatakan Dia beranak dan memperanakkan serta diberhalakan. Serupa juga Kristian menyatakan Allah itu beranak dan Dia turun ke
dunia sebagai manusia. Allah itu Esa tiada sekutu. Dia tiada jantina lelaki perempuan.
Menyentuh pula tentang keyakinan segelintir orang salih dalam agama Hindu yang menyatakan Krishna dan Rama sebagai para Nabiyullah dan bukannya Dewa atau Tuhan, serta Muslim harus menghormati mereka seperti seharusnya, maka kita
berbalik pada petikan Al-Quran ini "Kami telah menghantar beberapa utusan sebelum kamu(Muhammad), ada yang Kami
ceritakan kisahnya dan ada yang Kami tidak kisahkannya kepada kamu...."(Al-Quran 40:78).
Pada tahun 1935,Dr.Pran Nath telah menerbitkan artikelnya dalam Times of India yang menunjukkan dengan jelas di dalam kitab Rig Veddha terdapat banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku nun di Babylon dan Mesir berkenaan Raja-Raja
mereka serta peperangan mereka. Tambahan lagi terdapat persamaan antara kitab itu dengan kitab-kitab suci Babylon Sumeria pula. Jadi tiada lah salah kalau kita katakan di sini bahawa dalam perpektif Muslim sebenar, kita tidak akan menolak bahawa mereka ini pastilah pernah diturunkan wahyu langit oleh Allah SWT suatu ketika dahulu.
Kita sebagai Muslim tidak menolak watak-watak yang di"Dewa"kan dalam agama Hindu adalah besar kemungkinan para Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi yang diutus untuk mereka. Di sini marilah kita melihat sejenak akan ayat-ayat dalam kitab suci Hindu yang menyebut tentang nubuwat kedatangan Rasul akhir zaman:
"Wahai manusia dengarkanlah olehmu! Manusia Terpuji akan dibangkitkan dari kalangan manusia. Kami mengambil perlindungan kepadanya dari 60,090 musuh yang berunta jantan dan betina sebanyak 20 semuanya yang menduduki makam hingga ke syurga." (Atharva Veda 20:129)
"Seorang guru Ruhani "Malechha akan datang bersama utusannya. Namanya adalah Mahamad..."
-Bhavishya Puran:Prati Sarg, Bahagian 3:3,3,5.
Pertanyaan Pembaca:
Tuan maklum bahawa, kitab Purana ini tidaklah sekuat dan seautentik kitab Veddha tentang agama Hindu, jadi "Malecha" di sini adalah sebagai kasta rendah dalam Hindu. Dan bukan seperti yang tuan dakwakan. Mahamad pula dalam bahasa
Sanskrit bermakna "Silap Besar".
Jawapan Intelektual:
Ya begini, terjemahan ayat 5-27(puranas:Prati Sarg Parv 3:3) adalah dilakukan oleh seorang pengkaji yang arif bahasa Sanskrit tetapi juga seorang Muslim iaitu Dr.Vidyarti. Dan bahkan beliau menyatakan SEKARANG memang orang banyak
gunakan ayat itu untuk merendahkan manusia dan membawa makna kotor, tidak bersih. Hakikatnya penggunaannya adalah pelbagai dan bergantung pada ketika penggunaan ayat tersebut dan merujuk untuk siapa. Maharishi Vyasa, seorang pengarang Purana dan juga ulama Hindu telah mendefinisikan seorang "Malecha bijaksana" sebagai "seorang yang baik, daya inteleknya tajam, pencerahan ruhani, dan pengagungan pada Tuhan.
Dari apa yang saya pelajari akan asas-asas Sanskrit sahaja, maka dapatlah dinyatakan tak relevan bagi anda dan tak logik untuk mengaitkan dengan 'kekotoran'
di sini.Adakah anda setuju ayatnya ditafsir begini "...seorang guru Rohani berkasta rendah akan datang bersama sahabatnya dan namanya adalah 'silap besar'"? Saya setuju kitab Purana tidaklah sepenting Veda tetapi kebanyakan isi di dalam Purana ditolak mentah oleh para-para skolar Hindu semata-mata adanya basyarat yang terang tentang
Muhammad SAW. Tetapi, bagaimana pula dengan text dalam Atarvha Veda yang saya sentuh di atas sebentar tadi?
-Berkenaan Kaabah Baitullah-
"Sama ada dibina tinggi, tembok keliling lurus atau tidaktetapi adalah TUHAN itu dilihat keliling walau dari sudut mana dipandang sekalipun. Barangsiapa yang kenal akan rumah Tuhannya, tahu kerana Tuhan itu sentiasa akan diingati di sana. Takhta para malaikat ada lapan sirkit dan 9 gerbang. Ia adalah tiada tertakluk apa pun dan bergelumang di dalam cahaya Ketuhanan" (Atharva Veda 10,2,28)
Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim As dan Ismail AS. Ia kekal tiada ditakluk sepertimana dihurai di dalam kitab-kitab suci. Banyak sekali ayat-ayat di dalam Al-Quran dan Perjanjian Lama dalam Al-Kitab yang menyatakan Barakah Allah SWT
dalam Rumah Suci ini. Rumah Tuhan ini memiliki 9 gerbang yaitu: Bab-e-Ibrahim, Baab-al-wedaa', Baab-as-Safaa, Baab-e-Ali, Baab-e-Abbas, Baab-un-Nabiy, Baab-as-Salaam, Baab-az-Ziyaraat,dan Baab-ul-Haraam. Manakala lapan sirkit yang
dinyatakan adalah: Jabal-e-Khaleej,Jabal-e-Qaiaon,Jabal-e-Hind,Jabal-e-Laalaa,Jabal-e-Keda,Jabal-e-Abu Hadidah, Jabal-e-Abi Qabees,dan Jabal-e-Umar.
"Brahma(Ibrahim AS)tinggal dekat maqam ini yang senantiasa diliputi cahaya syurga dan barakah Ketuhanan. Ia adalah tempat yang memberi kehidupan ruhani pada manusia dan tidak dapat ditakluk suatu apa pun."
-(Atharva Veda-10,2,33)-
-Lagi berkenaan Nubuwat Rasulullah SAW-
Sama Veddha banyak mengandungi profail kedatangan Nabi Muhammad SAW dan di sini salah satu kita ambil petikannya.
"Ahamiddhi(Ahmad) menerima hukum agama dari Tuhannya. Hukum agama ini banyak terkandung kebijaksanaan. Aku(pengarang kitab) menerima kebijaksanaan daripada dia seumpama dari cahaya matahari"

Sunday, December 19, 2010
KEJADIAN NABI ADAM A.S
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
Tangan kirinya dari tanah Paris tempat beristinjak.
Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

Subscribe to:
Posts (Atom)