Mungkin ramai yang sukar memahami. Topik yang lalu ada aku menyentuh bab ni..
Tak mengapa, rasanya agak terlalu kronik bagai yang terus melangkau kerana terikat dengan masa yang tak wujud langsung bagi aku.
Sebenarnya Cinta, Miskin, Benci, Kaya, Cantik, Kurus, Hodoh....adalah ilusi semata yang dicipta oleh mata palsu anda.
Cuba letakkan diri anda di dalam sebuah bilik yang langsung tiada ruang cahaya masuk walau sebesar lubang jarum sekalipun. Anda tidur di sana sebeberapa lama yang mungkin bersama jam serta pakaian berjenama mahal.
Apabila anda terjaga tanpa keluar dari bilik tersebut maka tanyalah dan lihatlah diri anda:
a. Nampakkah pakaian berjenama anda..
b. Jam berapakah masa itu...
c. Berapa lama anda tidur di dalam bilik tersebut..
Inilah kehebatan cahaya. Ini baru kehilangan cahaya dunia, apa lagi jika kehilangan Nur Rahmat Nya..?
Masa adalah relatif. Tanpa deria maka semuanya ilusi. Begitulah para al-Salik yang mematikan segala deria terhadap duniawi yang cuma ilusi ( tidak ada yang berkekalan ) selain Dia Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment