Kitab Suci Al Quran 103 : 01-03(Al-Hasyr)
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali bagi mereka yang beriman dan melakukan kebaikan. Dan berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran".
Suhuf Brahma Sutra Hindu :
"Ekam Brahm,divtiya naste neh na naste kinchan"
-"Sanya hanya satu Tuhan yang Maha Esa, tiada duanya, tiada tiganya, tiada sama sekali. Sedikit pun"
"Na tasya pratima asti" -"Tiada yang semisal denganNya."-(Svetasvatara Upanishad 4:19)
Surah Al Ikhlas 112 :1-4, Katakanlah Allah itu Esa, Maha Kekal, tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Tiada yang dapat menyerupainya"
Demikianlah antara petikan dari kedua-dua kitab suci untuk kita buat rujukan dan renungan betapa sejak berzaman ada peringatan akan keEsaan Allah SWT. Jika dalam Islam, tiada bangsa yang tidak pernah diutus seorang penyampai yakni Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi, maka tidakkah berkemungkinan sekali bahwa insan-insan dalam catitan Vedha yang dimuliakan orang-orang Hindu itu sebagai sebahagian penyampai risalatNya?
Adakah berkemungkinan Shri Rama dan Shri Krishna itu merupakan antara Rasul-rasul yang diutus untuk tanah India? Adakah umat Islam akan menerima kenyataan ini dan menghormati mereka sepertimana Rasul-Rasul lain dihormati?
Aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Setahu yang saya faham al-Quran jelas ada menyebut pasal Rasul-Rasul yang disampaikan untuk umat Bani Israel dahulu seperti Musa AS atau Isa AS, namun al-Quran tak pernah secara jelas merujuk kepada dunia bahagian sini (India). Meskipun demikian memang dalam al-Quran ada menyebut "...dan tiada seorang atau bangsa yang tidak kami utuskan seorang pemberi ingatan"- (Al-Quran:35:24)
Mesej yang sama diulang dalam Surah Rad, surah 13 ayat 7"
"...dan pada tiap-tiap bangsa itu telah kami beri utusan Kami" (Al-Quran 13:7)
dan lagi dalam Surah An nisa:
"Di antara utusan-utusan Kami itu, ada yang Kami ceritakan di dalam Kitab, sedang ada yang lain tidak Kami cerita"
(Al-Quran 4:164)
dan ada beberapa surah lagi dalam al-Quran yang menyatakan mesej yang sama berkenaan diutuskanNya setiap bangsa
dengan seorang pemberi ingat dan utusan.
Nyatanya hinggalah ke hari ini kita dapat melihat betapa agama Islam mudah diterima oleh mereka daripada agama lain yang mahu membuka akal fikiran dan mata hati mereka untuk menerima risalah ini. Bahkan tentu saja kalau Allah SWT mengkehendaki maka akan dijadikanNya semua umat manusia atas bumi ini pastilah menerima agama Islam. Tetapi Dia pasti ada rancangan lain yang hanya Dia jualah yang Maha Mengetahui.
Untuk ini dalam rangka umat lain untuk menerima risalah Islam dengan hati yang terbuka, maka haruslah diterapkan di sini nilai-nilai yang murni dari agama
Islam itu sendiri. Dimana kita menanamkan kepada mereka keyakinan kepada Maha Pencipta yakni Allah SWT dan dalam rangka itu, juga menghormati akan agama-agama lain yang juga berasal dari ajaran Rasul-Rasul terdahulu. Sedangkan bukankah sanya memang dalam agama Islam itu menekankan bahawa harus kita menghormati anutan agama lain di samping usaha kita menyebarkan dakwah pada mereka? Barangkali juga menunjukkan kesatuan Tauhid dalam semua risalah kebenaran akan keEsaan Allah SWT.
Sungguh tiap-tiap penulisan akan risalah-risalah sebegini adalah bermatlamatkan untuk mencari kebenaran dan membawa berita gembira kedatangan Islam yang mana adalah merupakan suatu kejayaan dunia dan akhirat sekiranya dari kira-kira 1000 orang yang membaca, hanya seorang sahaja yang akan menganut sekalipun.
Pencarianku akan kebenaran Tauhid yang dibawa dari sekian lama, seawal sejarah peradaban manusia, membawaku menemui suatu kitab karangan A.H Vidyarthi dan U. Ali yang bertajuk "Muhammad SAW dalam kitab-kitab suci Parsi, Hindu dan
Buddha". Dan ringkasan dia aku tuliskan di bawah ini.
Juga kebelakangan ini, aku banyak sekali menonton ceramah-ceramah Dr Zakir Naik seorang cendekia Muslim yang pintar yang begitu banyak membahaskan tentang dialog antara agama "Interfaith Dialogue" dan telah mengembara ke seluruh
pelusuk dunia untuk misinya itu. Salah satunya adalah berpusat di Bombay,India di mana Dr.Zakir telah berdialog dengan seorang sami Hindu iaitu Swamiji dari Misionari RamaKrishna di mana Swamiji tidak dapat mengemukakan tentangan terhadap pandangan Zakir Naik ini.
Sebagai memulakan, kita lihat Dr Zakir Naik menyatakan dan menghuraikan di sini ada dua tempat di mana kalimah Allah telah digunakan secara terang-terangan di dalam kitab-kitab Hindu ini:
############################
Kalimah Allah telah digunakan di dalam kitab Rig Veda Surah 1 Ayat 2:
Terdapat kalimah "Illa" yang dinisbat dengan "Illah/Illahi" dalam ayat tersebut di atas merujuk kepada Tuhan Maha
Pencipta Allah SWT.
Allo Upanishad:
Disebut nama Allah SWT dengan kalimat Allo dialek Sanskrit.
ULASAN neo8118@yahoo.com:
Memang terdapat kemungkinan persamaan kalimat antara Arab dan Sanskrit tetapi terdapat perbezaan yang ketara antara tafsiran Islam dengan Upanishad kini.Contohnya dalam Upanishad, memang ada disebut kalimah Allah tetapi penekanannya pastilah tidak sepenting Islam. Jawapan di atas adalah kurang konkrit. Walaupun terdapat perkataan sedemikian di dalam kitab tersebut, nama itu tidak utama dalam agama Hindu, Buddha atau Jainisme. Kalimah itu hanya penggunaan kata nama.
Jawapan Intelektual:
Kami setuju dengan anda yang demikian. Tidak seperti agama Kristian yang berkeras hanya Jehovah sahajalah nama Tuhan, Islam tidak mengisahkan hal itu sebagai hal besar walaupun nama utama bagiNya adalah Allah. Adalah atitud anda terhadapNya yang dipersoalkan dalam agama Islam sebagai contoh, bangsa Arab Quraish agama Pagan
menggunakan nama Allah untuk Yang Maha Esa, tetapi mereka melakukan syirik terhadapNya dengan mengatakan Dia beranak dan memperanakkan serta diberhalakan. Serupa juga Kristian menyatakan Allah itu beranak dan Dia turun ke
dunia sebagai manusia. Allah itu Esa tiada sekutu. Dia tiada jantina lelaki perempuan.
Menyentuh pula tentang keyakinan segelintir orang salih dalam agama Hindu yang menyatakan Krishna dan Rama sebagai para Nabiyullah dan bukannya Dewa atau Tuhan, serta Muslim harus menghormati mereka seperti seharusnya, maka kita
berbalik pada petikan Al-Quran ini "Kami telah menghantar beberapa utusan sebelum kamu(Muhammad), ada yang Kami
ceritakan kisahnya dan ada yang Kami tidak kisahkannya kepada kamu...."(Al-Quran 40:78).
Pada tahun 1935,Dr.Pran Nath telah menerbitkan artikelnya dalam Times of India yang menunjukkan dengan jelas di dalam kitab Rig Veddha terdapat banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku nun di Babylon dan Mesir berkenaan Raja-Raja
mereka serta peperangan mereka. Tambahan lagi terdapat persamaan antara kitab itu dengan kitab-kitab suci Babylon Sumeria pula. Jadi tiada lah salah kalau kita katakan di sini bahawa dalam perpektif Muslim sebenar, kita tidak akan menolak bahawa mereka ini pastilah pernah diturunkan wahyu langit oleh Allah SWT suatu ketika dahulu.
Kita sebagai Muslim tidak menolak watak-watak yang di"Dewa"kan dalam agama Hindu adalah besar kemungkinan para Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi yang diutus untuk mereka. Di sini marilah kita melihat sejenak akan ayat-ayat dalam kitab suci Hindu yang menyebut tentang nubuwat kedatangan Rasul akhir zaman:
"Wahai manusia dengarkanlah olehmu! Manusia Terpuji akan dibangkitkan dari kalangan manusia. Kami mengambil perlindungan kepadanya dari 60,090 musuh yang berunta jantan dan betina sebanyak 20 semuanya yang menduduki makam hingga ke syurga." (Atharva Veda 20:129)
"Seorang guru Ruhani "Malechha akan datang bersama utusannya. Namanya adalah Mahamad..."
-Bhavishya Puran:Prati Sarg, Bahagian 3:3,3,5.
Pertanyaan Pembaca:
Tuan maklum bahawa, kitab Purana ini tidaklah sekuat dan seautentik kitab Veddha tentang agama Hindu, jadi "Malecha" di sini adalah sebagai kasta rendah dalam Hindu. Dan bukan seperti yang tuan dakwakan. Mahamad pula dalam bahasa
Sanskrit bermakna "Silap Besar".
Jawapan Intelektual:
Ya begini, terjemahan ayat 5-27(puranas:Prati Sarg Parv 3:3) adalah dilakukan oleh seorang pengkaji yang arif bahasa Sanskrit tetapi juga seorang Muslim iaitu Dr.Vidyarti. Dan bahkan beliau menyatakan SEKARANG memang orang banyak
gunakan ayat itu untuk merendahkan manusia dan membawa makna kotor, tidak bersih. Hakikatnya penggunaannya adalah pelbagai dan bergantung pada ketika penggunaan ayat tersebut dan merujuk untuk siapa. Maharishi Vyasa, seorang pengarang Purana dan juga ulama Hindu telah mendefinisikan seorang "Malecha bijaksana" sebagai "seorang yang baik, daya inteleknya tajam, pencerahan ruhani, dan pengagungan pada Tuhan.
Dari apa yang saya pelajari akan asas-asas Sanskrit sahaja, maka dapatlah dinyatakan tak relevan bagi anda dan tak logik untuk mengaitkan dengan 'kekotoran'
di sini.Adakah anda setuju ayatnya ditafsir begini "...seorang guru Rohani berkasta rendah akan datang bersama sahabatnya dan namanya adalah 'silap besar'"? Saya setuju kitab Purana tidaklah sepenting Veda tetapi kebanyakan isi di dalam Purana ditolak mentah oleh para-para skolar Hindu semata-mata adanya basyarat yang terang tentang
Muhammad SAW. Tetapi, bagaimana pula dengan text dalam Atarvha Veda yang saya sentuh di atas sebentar tadi?
-Berkenaan Kaabah Baitullah-
"Sama ada dibina tinggi, tembok keliling lurus atau tidaktetapi adalah TUHAN itu dilihat keliling walau dari sudut mana dipandang sekalipun. Barangsiapa yang kenal akan rumah Tuhannya, tahu kerana Tuhan itu sentiasa akan diingati di sana. Takhta para malaikat ada lapan sirkit dan 9 gerbang. Ia adalah tiada tertakluk apa pun dan bergelumang di dalam cahaya Ketuhanan" (Atharva Veda 10,2,28)
Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim As dan Ismail AS. Ia kekal tiada ditakluk sepertimana dihurai di dalam kitab-kitab suci. Banyak sekali ayat-ayat di dalam Al-Quran dan Perjanjian Lama dalam Al-Kitab yang menyatakan Barakah Allah SWT
dalam Rumah Suci ini. Rumah Tuhan ini memiliki 9 gerbang yaitu: Bab-e-Ibrahim, Baab-al-wedaa', Baab-as-Safaa, Baab-e-Ali, Baab-e-Abbas, Baab-un-Nabiy, Baab-as-Salaam, Baab-az-Ziyaraat,dan Baab-ul-Haraam. Manakala lapan sirkit yang
dinyatakan adalah: Jabal-e-Khaleej,Jabal-e-Qaiaon,Jabal-e-Hind,Jabal-e-Laalaa,Jabal-e-Keda,Jabal-e-Abu Hadidah, Jabal-e-Abi Qabees,dan Jabal-e-Umar.
"Brahma(Ibrahim AS)tinggal dekat maqam ini yang senantiasa diliputi cahaya syurga dan barakah Ketuhanan. Ia adalah tempat yang memberi kehidupan ruhani pada manusia dan tidak dapat ditakluk suatu apa pun."
-(Atharva Veda-10,2,33)-
-Lagi berkenaan Nubuwat Rasulullah SAW-
Sama Veddha banyak mengandungi profail kedatangan Nabi Muhammad SAW dan di sini salah satu kita ambil petikannya.
"Ahamiddhi(Ahmad) menerima hukum agama dari Tuhannya. Hukum agama ini banyak terkandung kebijaksanaan. Aku(pengarang kitab) menerima kebijaksanaan daripada dia seumpama dari cahaya matahari"
No comments:
Post a Comment