Saturday, September 18, 2010
Amarah Si Mata Satu
Setelah Imam Mahdi r.a dan kaum muslimin memenangi Perang dengan bangsa Rom ( USA & EROPAH) atau perang Armageddon /perang dunia ke 3 /perang nuklear . Kaum Muslimin
mengkebumikan para syahid manakala kaum yahudi juga melakukan perkara yg sama .
Kaum Yahudi mengambil masa 7 bulan untuk menyelesaikannya . Mayat -mayat kaum Nasrani tida siapa yg menghiraukan .
Selepas perang itu dunia mengalami kemusnahan yg dahsyat . Berikut adalah urutan kemusnahan bumi selepas perang tersebut ;
Tahun pertama .
Di antara kesan kepada dunia pada tahun yg pertama ialah Allah taala menahan 1/3 hujan dan juga 1/3 tumbuh-tumbuhan daripada turun dan tumbuh . Maka bekalan air dan makanan dunia berkurangan . air -air sungai mulai surut dan kering ,begitu juga air-air tasik . Tumbuh-tumbuhan mulai layu dan mengering . Ini semua di sebabkan penggunaan sejata nuklear dlm perang Armageddon yg lalu.
Tahun ke 2
Pada tahun ini Allah s.w.t menahan 2/3 lagi hujan dan 2/3 lagi tumbuhan drp turun dan tumbuh ,ini menyebabkan bumi yg hijau mulai kontang ,air tasik mulai kering ,hanya tasik-tasik yg besar ,masih boleh bertahan dan masih kekal airnya walaupun kuantitinya berkurang . Dunia mengalami krisis makan global . Bermulalah musim kemarau yg dahsyat . Makanan hanya tinggal sedikit sahaja lagi .
Tahun ke 3
Pada tahun yg ke 3 ini adalah tahun yg paling dahsyat ,pada masa ini Allah s.w.t sudah tidak menurunkan hujan walaupun setitis ,tumbuh-tumbuhan sudah tidak mahu tumbuh ,kecuali tumbuhan yg asal yg masih bertahan ,itupun kuantitinya tidak banyak dan terlalu sedikit . Air tasik mula mengering -sekeringnya ,begitu juga air tasik Tibriya ( keringnya air tasik ini menjadi petanda munculnya Dajjal ) begitu juga pohon kurma di Bassam Palastin mulai layu dan tidak berbuah ( ini juga tanda kemunculan dan keluarnya Dajjal) .
Tiga tahun yg dahsyat ini di rakamkan di sebuah hadis rasulallah s.a.w yg bermaksud ;
" Dan sesungguhnya sebelum keluarnya dajjal adanya tempoh waktu 3 tahun yg sangat sulit .di mana pada ketika itu manusia di timpa kelaparan yg sangat ,Allah akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama supaya menahan sepertiga hujannya dan memerintahkan kepada bumi menahan sepertiga tanamannya .Kemudian Allah memerintahkan kepada langit supaya menahan 2/3 hujannya dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan 2/3 tumbuh-tumbuhannya . Kemudian pada tahun ke 3 Allah memerintahkan langit supaya menahan semua air hujannya lalu ia tidak menitiskan setitik airpun .dan Allah memerintah bumi supaya menahan semua tumbuh-tumbuhan ,maka setelah itu tidak tumbuh satu tanaman hijau pun dan semua binatang berkuku akan mati ,kecuali yg dikehendaki oleh Allah s.w.t. Kemudian para sahabat bertanya ..dengan apakah manusia kan hidup pada masa itu . Rasulallah menjawab .Tahlil ,takbir,dan tahmid akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan "
Perintah Imam Mahdi r.a Pada Tahun ke 3 kebuluran .
Pada usia Imam Mahdi r.a mencapai 43 tahun Imam Mahdi r.a ummat Islam memperbanyakkan Ibadah khususnya berzikir untuk mengantikan makanan dan minuman .Kiraan umur Imam Mahdi r.a di ambil seperti di bawah :
Imam Mahdi berusia 40 tahun ketika ia menzahirkan/mengistiharkan diri
Imam Mahdi memerangi Semenanjung Arab serta Parsi selama 9 bulan
Imam Mahdi memerangi bangsa Rom selama 4 hari
Tahun kebuluran berjalan selama 3 tahun
Jadi ketika Imam Mahdi memerintahkah supaya Kaum Muslimin memerangi Istanbul ,Imam Mahdi berusia +- 44 tahun.
Imam Mahdi r.a hidup bersama-sama kaum muslimin hanya selama 7 /8/9 tahun sahaja . Jadi apabila Imam Mahdi r.a memerintahkan kaum muslimin mempergiatkan ibadah ,baki umurnya hanya tinggal 4/5/6 tahun sahaja . Begitulah apa yg telah ditakdirkan ke atas baginda oleh Allah s.w.t.
Setelah Kaum Muslimin memperbanyakkan amalan ibadah ,maka pada suatu hari Imam Mahdi r.a ,mengeluarkan satu lagi perintah supaya kaum Muslimin memerangi Kota Istanbul di Turki . maka bergeraklah kaum muslimin ke sana .Imam Mahdi r.a bersama- sama 70 ribu kaum Rom( USA & Eropah ) yg memeluk Islam ,disamping itu tentera Islam yg lain . Sesungguhnya tentera Imam Mahdi r.a terdiri drp pelbagai bangsa ,apa yg menyatukan mereka adalah Islam ,iaitu agama Tauhid . Sebagaimana maksud sabda Rasulallah s.a.w
" Apakah kamu pernah mendengar sebuah kota yg terletak di sebahagian di darat dan sebahagiannya di laut? . Mereka menjawab pernah wahai rasulallah . Tidak berlaku kamat sehingga kota ini diserang oleh 70,000 Bani Ishak ( USA & Eropah ) maka ketika mereka sampai ke sana mereka memasuki nya , mereka tidaklah berperang dengan senjata dan tidaklah melepaskan satu panah pun . Mereka hanya berkata Lailahaillallah wallah akbar .maka jatuhlah salah satu bahagian kota tersebut . Maka berkata perawi hadis . Saya tidak tahu hal ini kecuali kalimah ini dikatakan oleh pasukan di sebelah laut dan mereka berkata buat kali ke dua Lailahaillallah wallah akbar maka jatuhlah bahagian disebelah darat . Mereka memasuki dan ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang .Tiba-tiba seseorang berteriak "sesungguhnya Dajjal telah keluar .kemudian mereka meninggalkan segala sesuatu dan kembali"
Berdasarkan hadis di atas apa yg kita dapat fahami Imam Mahdi r.a bersama kaum muslimin termasuk 70 ribu orang kaum Rom pergi ke Turki dan membuka kota itu dengan kalimah Tauhid .
Mengapa Turki diperangi oleh Imam Mahdi r.a ? Mungkin jawapannya ialah Turki terkenal dengan fahaman sekulerisme . Fahaman ini menerima sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian isi kitab Al Quran yg lain ,Jika kita lihat tadi kota itu hanya dibuka dengan Kalimah Lailahaillallah wallahuakbar mengisyaratkan bahawa penduduk di situ menerima sepenuhnya agama tauhid di dlm hidupnya bermula dari yg sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara . Tentera Imam Mahdi r.a dan Tentera Turki tidak berperang ,mereka hanya perlu mengakui Imam Mahdi r.a serta Syariat Islam dan jadilah mereka bersatu dan bersaudara.
Maka telah berlakulah 4 perang yg besar
Perang semenanjung arab ( fahaman Wahabi )
Perang Parsi ( Fahaman Syiah )
Perang Rom ( USA & Eropah)
Perang Istanbul ( Fahaman sekulerisme )
Ke empat-empat ini adalah boneka dajjal untuk memusnahkan fahaman ummat Islam . Oleh kerana boneka-boneka ini sudah musnah maka berita ini di sampaikan kepada Dajjal . Apabila diketahui oleh Dajjal dengan tiba-tiba Dajjal dengan perasaannya yg sangat marah keluar drp markasnya . seperti mana maksud hadis rasulallah s.a.w
" Sesungguhnya Dajjal akan keluar kerana suatu kemarahan "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment