Demokrasi bukan dari sistem Islam .Islam tidak akan mulia dengan cara melalui sistem ini ,Walaupun sistem ini boleh digunakan sebagai alat utk memuliakan Islam ,tetapi ada hal-hal yg tertentu yg tidak releven dengan Islam . Para pembaca boleh memikirnya sendiri ...
Sultan Abdul Hamid rahmatuLlah 'alaih pernah bertitah menyanggah pandangan golongan bangsawannya yang diketuai oleh Mihdat Pasha yang meminta perlaksanaan demokrasi berperlembagaan di zamannya.
Golongan Bangsawan ini sudah kemaruk dengan keimanan mereka kepada sistem yang digunakan oleh Imperialis Eropah dan belitan freemasonari yang telah menguasai akal-budi mereka. Mereka menekan Al-Sultan rahmatuLlah 'alaih untuk menerima Al-Masyrutiyah yang menghadkan kuasa Khalifah dan kuasa-kuasa itu diberikan kepada mereka dalam bentuk parlimen sebagaimana yang ada sekarang.
Perhatikanlah titah Baginda As-Sultan ....
Apa yang terjadi setelah diumumkan Sistem Demokrasi ?
Apakah hutan-hutan kemiskinan kita semakin sedikit ?
Apakah jalan raya, pelabuhan dan sekolah-sekolah semakin banyak ?
Apakah hukum-hukum saat ini lebih rasional dan lebih lojik ?
Apakah manusia dan kemanusiaan menikmati rasa aman secara meluas ?
Apakah keluarga kini menikmati kesejahteraan ?
Apakah kematian semakin sedikit atau kelahiran semakin sedikit ?
Apakah dunia umum kini berada bersama kita lebih dari sebelumnya ?
"Obat" yang berguna akan menjadi racun yang mematikan,
bila dia berada di tangan orang yang bukan dokter
Atau di tangan orang-orang yang tidak tahu cara menggunakannya
Sungguh saya sangat perihatin dan bimbang,
Sejarah telah banyak membuktikan kebenaran apa yang saya katakan.
AlhamduliLlah !, sememangnya sejarah telah membuktikan kebenaran titah Sultan Abdul Hamid rahmatuLlah 'alaih. Ummat Islam tidak mulia dengan dengan demokrasi sampailah ke hari ini. Bahkan, mereka semakin hina-dina kerana menjadi hamba-abdi kepada musuh-musuh Agamanya akibat demokrasi.
Benarlah kata-kata Khalifah Ummat Islam yang terakhir. Apabila jatuh sahaja kerajaaan khilafah Uthmaniyah sistem khilafah juga terkubur sekali dan bermulanya zaman diktaktor yg mencengkam walaupun menggunakan topeng demokrasi atau komunis atau sistem ciptaan manusia yg lain . Sudah lebih 100 tahun ummat Islam punah .
Berdasarkan mafhum hadis Rasulallah s.a.w selepas zaman diktaktor yg mencengkam ini akan kembalilah semua sistem khalifah yg sama taraf dengan dengan pemerintahan khalifah Ar Rasyidin kemudian diikuti dengan zaman Nubuwah dan selepas itu pula tamatnya riwayat alam ini ...
Dan zaman khalifah itu akan bermula dari negara yg dikenali sebagai semenanjung emas atau dikenali sebagai negara yg dikelilingi 3 lautan ataupun nusantara ataupun negara yg digelar sebagai Tanah yg dijanjikan @ The promise Land . Adakah anda percaya ?
-mizalmikael-
Demokrasi sistem manusia untuk kehidupan dunia, Islam adalah agama.
ReplyDeleteIslam boleh hidup di mana jua dan apa jua cara pemerintahan.