Saturday, September 18, 2010

Menara putih -Tempat Nabi Isa akan di turunkan



Sudah tentu para pembaca tertanya-tanya apa pula peristiwa di sebalik gambar -gambar ini . Gambar yg di atas ialah dipercayai bangunan gereja yg sudah diubah menjadi sebuah masjid . Seperti biasa Islam tidak merobohkan rumah-rumah ibadah ketika Islam membuka sesebuah kawasan tetapi Islam akan mengubah fungsi sesebuah bangunan itu dari gereja ke Masjid .



Dengan membuang lambang -lambang kristian dan membuat sedikit perubahan dalaman supaya bangunan itu sesuai dengan fungsinya yg baru iaitu sebuah masjid ,maka pada zaman kegemilangan Islam dahulu perkara ini sering berlaku

Para pembaca sudah pasti melihat menara putih ini ... Dipercayai menara inilah yg disebut -sebut di dalam hadis akhir zaman iaitu Nabi Isa a.s akan turun ke menara putih di sebuah masjid di Timur Syiria iaitu pada waktu subuh .( sekiranya para pembaca ada maklumat yg lebih tepat sila betulkan kenyataan ini - admin )




Gambar yg ke 3 ini pula ialah gambar masjid dari sebelah depan . Adakah anda salah seorang ahli jamaah pada waktu subuh itu nanti ?

Gambar di bawah pula ialah gambar plan masjid An Nabawi di Madinah Al Munawarah . Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua para pembaca





Keterangan :

1. Makam Rasulullah Saw
2. Makam Syaidina Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam Syaidina Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk pemakaman Imam Mahdi r.a / Nabi Isa a.s , ada 2 kemungkinan yaitu berada setentang dengan makam Rasulullah saw atau berada di belakang makam Syaidina Umar ibn. Khaththab
5. Tempat peristirahatan Siti Aisyah ra.
6. Tempat kedatangan malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw.
7. Dinding bilik Siti Aisyah r.a , yang dibina sendiri oleh Rasulullah saw, hingga saat in tembok tersebut masih berdiri dengan kukuh
8. Dinding makam berbentuk segi lima, yang dibina oleh Khalifah Umar ibn Abd Aziz, agar makam Rasulullah saw tidak menyerupai ka’bah dan terlalu "sucikan" oleh umat Islam.
9. Dinding segi lima lapis kedua yang dibina oleh sultan Qait bay dari Mesir
10. Tiang-tiang yang memperkukuhkan dinding segi lima lapis kedua
11. Bahagian dari raudah yang terdapat dibahagian dalam tembok ruangan makam.
12. Bahagian dari raudah yang terdapat di luar ruangan makam, (nombor 12 tidak terdapat pada plan, kawasan ini adalah tempat yang biasanya dijadikan rebutan oleh ummat Islam)
13. Kawasan dengan nombor 13 adalah bukan bahagian dari raudah.
14. Kediaman Siti Fathimah ra.
15. Mihrab di dalam kediaman Siti Fathimah, yang dibina oleh sultan Qait bay
16. Mihrab tempat tempat Rasulullah seringkali bertahajud seorang diri
17. Tempat Rasulullah shalat tahajud berjamaah bersama ahli suffah, tempat ini berada di belakang kediaman Siti Fathimah
18. Lubang besar terletak di bahagian depan, lubang ini lurus searah dengan makam Rasulullah saw
19. Lubang kecil terletak dibahagian depan se arah dengan makam syaidina Abu Bakar ra
20. Lubang kecil di bahagian depan se arah dengan makam syaidina Umar Ibn Khaththab ra
21. Tempat beberapa baki -baki batu kediaman Rasulullah saw, yang kemudian dibuang pada masa Khalifah Al Walid ibn Abd. Malik
22. Usthuwanah al Sarir, tempat Rasulullah saw beristirahat ketika terlalu letih beribadah
23. Usthuwanah al Wufud, tempat Rasulullah seringkali menerima tamu-tamu penting
24. Usthuwanah al Hirs, tempat para shahabat berkawal menjaga Rasulullah saw, seringkali syaidina Ali ibn Abi Thalib berkawal di situ
25. Bab ( pintu) Al Taubah, pintu masuk makam dibahagian depan
26. Bab (pintu )Aisyah, pintu masuk makam dibahagian tepi dari arah raudah
27. Lubang kisi-kisi yang lurus se arah dengan kepala Rasulullah saw yang mulia.
28. Lubang kisi-kisi yang lurus se arah dengan kaki Rasulullah saw yang mulia
29. Beberapa pintu masuk menuju makam Rasulullah saw
30. Lingkaran kubah kecil yang berada tepat di atas makam Rasulullah saw
31. Lingkaran kubah lapis kedua, yang disebut kubah al zarqa’
32. Lingkaran kubah lapis ketiga, atau kubah al khadra’ (kubah hijau) yang terlihat dari bagian luar makam.
33. Bahagian dari kawasan makam (tertulis dengan nombor 32)
34. Kawasan setinggi kurang lebih 30 cm, tempat para ahl suffah berjamaah shalat tahajud bersama Rasulullah saw
35. Kawasan setinggi kurang lebih 60 cm, tempat ahl suffah biasa berkumpul
36. Usthuwanah al taubah
37. Usthuwanah A’isyah
38. Mihrab tempat shalat Rasulullah saw
39. Usthuwanah al Mukhallaqah
40. Minbar Rasulullah saw
41. Kawasan tempat adzan

No comments:

Post a Comment