Monday, September 20, 2010
Lagu Alejandro nyanyian Lady Gaga mengandungi unsur Illuminati
Masih tak terlambat aku share dengan korang berkenaan dengan maksud lagu ini. aku baru semalam berjaya mendownload lagu alejandro dari youtube..amat lama nak download sebab lagu nie durasinya 8 minit lebih! Aku bukannya mendownload kerana suka-suka atau sedap mendengar lagunya,tetapi aku mahu melihat kebenaran sesetengah blogger lain yang menyatakan lagu ini mempunyai unsur-unsur illuminati. peliknya,lagu nie baru jerk di letakkan di youtube selama lebih kurang 2 bulan,tetapi jumlah viewernya seramai hampir 70 juta! dahsyat betul...huhu..aku download lagu nie bukannya sekadar suka-suka,tetapi cuma nak tahu apanya 'rahsia' lagu lady gaga nie yang disebut-sebut oleh ramai blogger.
amat menjijikan melihat aksi sebegini..tapi ada makna sebaliknya...
Bila aku tonton videonya sampai habis....masya-Allah..teruk betul!!!! macam orang yang gersang seks pulak mereka nie,lagi-lagi si lady gaga. masakan si lady gaga sanggup pakai bra dan spender semata-mata berjoget menari,malah dia sanggup menanggalkan branya kepada penari-penari lelaki yang tak berbaju untuk dilihat dan dipegang semasa minit akhir video nie..
okayh...pada mulanya aku lihat aksi macam ala-ala ketenteraan...tapi pakaian lelaki agak teruk jugak..yang tak bestnyer ada 2 orang lelaki membawa besi hampir menyerupai bintang bendera negara Israel. lepas tu ada lah nampak si lady gaga yang berjubah hitam membawa sacred heart (hati kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus),sambil diikuti oleh tentera-tentera yang membawa keranda kepada si lelaki (mungkin bernama alejandro). alejandro tue siapa pula? ada sesetengah mereka mengatakan dia bukanlah seorang lelaki! habis siapa????? huhu
yang paling tak boleh blah,aksi berupa 18 sx pun ada disini...geli aku tengok...si lady gaga tue boleh pulak menari dan menyanyi sambil terkangkang-kangkang di atas badan orang lelaki sambil memegang tali di atas katil...kelihatan juga lelaki-lelaki yang mengeletek badan mereka di atas katil..entahlah...no komen....
banyak juga aksi-aksi yang tak sepatutnya orang Islam serta bawah umur menonton video serta mendengar lagu alejandro ni.
jangan pelik kalau kristian juga ada tasbihnya. Dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri.
bagi mereka yang lebih memahami maksud tersirat lagu ini,lagu ini mengandungi unsur illuminati dan banyak unsur-unsur simbolik dalam lagu dia. Bagi mereka yang ingin tahu unsur illuminati,bolehlah ke blog ini http://mistisfiles.blogspot.com/ dan tengok kat side bar kanan cari jentera fitnah al-masih ad-dajjal. Terlalu banyak penerangan berkenaan video ini...kadang kadang video ini bercanggah dan menghina agama kristian itu sendiri! tapi bagi mereka yang lebih berminat bolehlah ke blog beautifulnara serta search google berkenaan dengan lagu berkenaan. Bagi mereka yang meminati lady gaga serta lagu-lagunya,silalah korang berfikir banyak-banyak! bukan lagu ini saja,lagu bad romance pun ada maksud tersiratnya....jangan kerana seronok dengar lagu ini sehingga lupakan bahawa bahayanya ancaman illuminati terhadap masyarakat dunia khususnya umat Islam!
Di sini saya sertakan video lagu tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment